Thursday, January 18, 2007

Laporan Pendaftaran PBTUPM

Pengenalan Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia(PBTUPM)
PBTUPM ditubuhkan bertujuan memperkenalkan Bahasa Cina dan budaya Tionghua kepada mahasiswa dan masyaratkan. Akan tetapi, PBTUPM masih tidak dapat pendaftaran persatuan. Jawatankuasa Penubuhan PBTUPM telah membuat permohonan pada 25 Ogos 2006. Malangnya PBTUPM telah ditolak pendaftaran oleh HEP UPM pada 2 Oktober 2006 atas sebab persatuan bercirikan bahasa dilarang untuk ditubuhkan. Berikut adalah kronologi:


Perkara-perkara yang berlaku:
25/8/06
J/k Penubuhan PBTUPM telah mengirim surat yang pertama kepada HEP UPM untuk mendapatkan piawaian tentang syarat-syarat serta prosedur untuk mendaftarkan sebuah persatuan baru di bawah universiti. Surat tersebut juga menyoal sama ada Persatuan Bahasa Tionghua boleh didaftarkan di bawah universiti atau tidak.
8/9/06
J/k Penubuhan PBTUPM telah mengirimkan surat yang ke-2 kepada HEP UPM untuk mendapat maklum balas dari pihak universiti dan kirimkan salinan kepada Yg. Bhg. Profesor Dr. Nik Mustapha, Naib Canselor UPM dan Y.B. Dato' Mustapa, Menteri Pengajian Tinggi.
14/9/06
J/k Penubuhan PBTUPM telah mendapat surat balasan daripada HEP. Kandungan surat hanya menyentuh tentang prosedur untuk membuat permohonan pendaftaran, tetapi tidak dinyatakan piawaian ataupun syarat-syarat bagi sebuah persatuan untuk didaftarkan.
26/9/06
J/k Penubuhan PBTUPM mengirimkan surat ke-3 kepada HEP UPM untuk meminta panduan atau syarat untuk sebuah persatuan baru yang berdaftar di bawah universiti. Selain itu, kami juga menyatakan bahawa PBTUPM adalah bertujuan untuk memperkenalkan bahasa dan budaya TiongHua, tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan objektif penubuhan sebegini, diharapkan pihak HEP UPM memberikan jawapan yang nyata dan jelas sama ada PBTUPM boleh didaftar di bawah universiti atau tidak.
2/10/06
J/k Penubuhan PBTUPM menerima surat daripada HEP UPM menyatakan bahawa penubuhan persatuan yang bercirikan bangsa dan bahasa adalah tidak dibenarkan serta memaklumkan kepada J/k Penubuhan bahawa larangan berkenaan adalah selaras dengan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi untuk menggalakkan perpaduan erat di kalangan warganegara dan mengamalkan integrasi kaum. Surat tersebut turut dilampir keratan akhbar New Strait Times yang bertarikh 17 September 2006. Keratan tersebut menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi tidak membenarkan penubuhan persatuan bercirikan satu bangsa, budaya dan kawasan komuniti di bawah universiti.
25/10/06
J/k Penubuhan PBTUPM mengirimkan surat ke-4 kepada HEP UPM untuk meminta pihak universiti mengemukakan pekeliling tentang dasar Kementerian Pengajian Tinggi yang dinyatakan dalam lampiran keratan akhbar yang disertakan dengan surat balasan pihak HEP UPM yang bertarikh 2 Oktober 2006.
16/11/06
J/k Penubuhan Persatuan Bahasa TiongHua UPM telah mengirim surat kepada Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi untuk mendapat dokumen sah tentang dasar Kementerian Pengajian Tinggi yang dinyatakan dalam surat pihak HEP UPM yang bertarikh 2 Oktober 2006.
30/11/06
Menghantar memoradum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed, Mohd Ikmal, Setiausaha Berita Y.B.Dato’ menerimanya dan perbincangan telah diadakan selama setengah jam. Beliau berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
12/12/06
BBC laman web berita antarabangsa memaparkan masalah yang dihadapi oleh PBTUPM dan menyatakan bahawa “Universiti Malaysia” melarang “penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua”.
14/12/06
Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi telah menyatakan bahawa pihak kementerian telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menetapkan piawaian tentang penubuhan persatuan di universiti dan seterusnya menentukan sama ada Persatuan Bahasa Tionghua dapat ditubuhkan di universiti.
19/12/06
Datuk Ong Tee Keat, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bahawa UPM telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang di pengerusi oleh Naib Canselor UPM untuk mengkaji kes pendaftaran PBTUPM.

Rasional Menuntut:
1. Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 Perkara 20(1) Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas menunjukkan bahawa setiap individu (rakyat) mempunyai kebebasan untuk berpersatuan.

2. Kewujudan Persatuan Bahasa Tionghua adalah bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan bahasa TiongHua kepada masyarakat. Keahliannya terbuka kepada pelajar yang berminat pada bahasa dan budaya Tionghua, bukannya berasaskan perkauman. Jadi adalah jelas bahawa Persatuan Bahasa Tionghua bukanlah sebuah pertubuhan yang memupuk semangat perkauman serta merosakkan perpaduan kaum. Dalam sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan berbilang budaya, mengenali bahasa serta budaya kaum masing-masing mampu menggerakkan persefahaman sesama kaum dan seterusnya mewujudkan persaudaraan serta perpaduan di kalangan rakyat negara yang terdiri daripada berbilang kaum.

3. HEP UPM menolak penubuhan PBTUPM adalah tidak munasabah dan mempunyai pendirian yang kabur (double standard) sedangkan di universiti kerajaan serta swasta tempatan yang lain mempunyai Persatuan Bahasa Tionghua yang berdaftar seperti Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya, Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia, Persatuan Bahasa Cina Universiti Multimedia, Persatuan Bahasa Melayu, dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga persatuan yang berasaskan bahasa yang berdaftar di UPM seperti Kelab Debat Bahasa Melayu, Kelab Debat Bahasa Inggeris (DOSE), Kelab Debat (Unit Mandarin), seketeriat kebudayaan kolej-kolej kediaman dan lain-lain.

Tuntutan PBTUPM:
1. Meminta jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi mengemukakan piawaian penubuhan persatuan yang berteraskan prinsip-prinsip kebebasan berpersatuan untuk semua IPT dengan segera.

2. Meminta Kementerian Pengajian Tinggi serta pihak Universiti Putra Malaysia mempertimbangkan permohonan pendaftaran Persatuan Bahasa TiongHua UPM secara adil dan saksama serta membenarkan pendaftaran dengan segera.

Sila Sokong PBTUPM Dengan:
1. Menyebarkan perkara tentang menuntut penubuhan PBTUPM kepada orang ramai agar
lebih ramai orang akan sedar tentang isu ini dan boleh sokongan kepada kami.
2. Menolong kami mengedarkan risalah-risalah kepada orang ramai.
3. Memberi sokongan terhadap petisyen yang akan diadakan oleh PBTUPM.
4. Memberi sokongan dan menghadiri aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh PBTUPM.
5. Mendapatkan maklumat terkini daripada laman web kami http://pbtupm.blogspot.com

No comments: