Friday, January 19, 2007

Jilid 2

PBTUPM TIDAK MENGHALANG PERPADUAN KAUM !

PBTUPM ditubuhkan bertujuan memperkenalkan Bahasa Cina dan budaya Tionghua kepada mahasiswa dan masyaratkat. Akan tetapi, PBTUPM masih tidak dapat pendaftaran persatuan. Jawatankuasa Penubuhan PBTUPM telah membuat permohonan pada 25 Ogos 2006. Pada Oktober 2006, J/k Penubuhan PBTUPM menerima surat daripada HEP UPM menyatakan bahawa penubuhan persatuan yang bercirikan bangsa dan bahasa adalah tidak dibenarkan serta memaklumkan kepada J/k Penubuhan bahawa larangan berkenaan adalah selaras dengan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi untuk menggalakkan perpaduan erat di kalangan warganegara dan mengamalkan integrasi kaum.

Ini bukannya hakikat… PBTUPM yang sebenarnya ialah…

1. Keahlian PBTUPM adalah terbuka untuk semua warga UPM, tidak mengkira kaum dan bukan hanya untuk warga cina. Kami amat mengalu-alukan penyertaan rakan berbeza kaum. PBTUPM tidak pernah menolak penyertaan seseorang disebabkan identiti kaumnya yang berbeza.

2. Kewujudan PBTUPM adalah bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan bahasa TiongHua kepada kepada warga universiti dan masyarakat. Misi dan objektif PBTUPM tidak pernah menakrifkan ia sebagai sebuah persatuan berlandaskan bangsa. Oleh itu, jelaslah kewujudan PBTUPM adalah untuk memperkenalkan Bahasa dan Kebudayaan Tionghua, bukanlah sebuah pertubuhan yang memupuk semangat perkauman serta merosakkan perpaduan kaum.

3. PBTUPM tidak menggalakkan semangat perkauman, juga tidak akan mengancam persefahaman antara kaum. Sebaliknya PBTUPM memberi suatu peluang untuk menggalakkan interaksi antara kaum dengan membolehkan rakan berbeza kaum memahami Kebudayaan Tionghua.

Siapa kata PBTUPM hanya untuk Kaum Cina?

1. Pada 13/1 dan 14/1, PBTUPM telah mengadakan pertandingan catur yang boleh disertai oleh seluruh warga UPM, salah seorang peserta merupakan Kaum Melayu.
2. PBTUPM akan mengadakan kelas Bahasa Cina untuk mahasiswa bukan kaum cina dan mahasiswa yang tidak memahami Bahasa Cina. Ini membolehkan rakan berlainan kaum berpeluang belajar Bahasa Cina dan menggalakkan interaksi antara kaum.
3. PBTUPM akan terus mengadakan lebih banyak aktiviti yang menggalakkan integrasi antara kaum seperti forum perpaduan kaum. Selain itu, kami juga akan menerbitkan bahan cetakan dalam Bahasa Malaysia untuk memperkenalkan Budaya Tionghua kepada rakan berlainan kaum.

BAHASA BUKAN PENGHALANG PERPADUAN !
DAFTARKAN PBTUPM !!!
Sekiranya Persatuan Bahasa Tionghua menjejaskan perpaduan, kenapa…

1. Kerajaan menyediakan kelas Bahasa Cina di sekolah rendah kebangsaan supaya semua kaum dapat belajar Bahasa Tionghua?
2. Penubuhan Persatuan Bahasa Tionghua dibenarkan di sekolah menengah, kenapa tidak di universiti?
3. Setiap universiti menawarkan kursus bahasa seperti Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan sebagainya, adakah ini menyebabkan perpecahan antara kaum?
4. Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan hampir semua universiti yang terungguh di dunia mempunyai Persatuan Bahasa Tionghua, adakah wujud masalah dalam perpaduan antara kaum di universiti tersebut?
Kenapa hanya Persatuan Bahasa Tionghua di Universiti tempatan tidak dapat berdaftar???


Apakah pandangan mereka…








PBTUPM tidak dibenarkan berdaftar kerana ia merupakan persatuan berlandaskan satu kaum dan bahasa. Malaysia merupakan negara berbilang kaum, persatuan yang berlandaskan satu kaum akan memecahkan rakyat. Oleh itu, PBTUPM tidak dibenarkan berdaftar.

Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Mahasiswa UPM
Prof. Madya Dr. Azali b. Mohamed

Memahami Bahasa Cina ialah satu kelebihan, Bahasa Cina telah menjadi bahasa negara maju. Bahasa Cina bukan lagi bahasa sesuatu kaum, tetapi adalah bahasa sebuah negara yang maju dalam ekonomi. PM menegaskan tidak akan memandang kaum Cina dan India dari perspektif perkauman. Semua kaum ialah bangsa Malaysia.
Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi



Keputusan bahawa PBTUPM tidak boleh mendaftar bukan keputusan muktamad. KPT akan mendraf panduan pendaftaran persatuan di institusi pengajian tinggi dan memutuskan samada PBT boleh daftar atau tidak.

Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Mustapa




No comments: